nampak kan betuk2 ikan ni....semua mencari makanan...berlumba2 mcm tak ada hari esok lagi....cuba kita liaise ngan idOp kita....
pagi2 seluruh warga .... bangun...mahupun yang naik kereta @ bas..berlumba2 nak pergi keje...dengan jammed tiap2 hari di tempoh...bagi yang manual sakit kaki..yang auto no pickup...
hmmmm
ok ako tak nak bebel panjang cuba baca nukilan di bawah ini :-
Katakan kita mengambil pinjaman sebanyak 200K. Untuk tahun pertama sahaja, saya ulang sekali lagi, untuk tahun pertama sahaja kita mengeluarkan modal untuk membayar pinjaman tersebut.
Ramai yang cakap oh.. bank jadi lintah darat ambil untung mudah daripada kita
yang buat loan ni. Dah tu, kita ada duit 200k tunai ke dalam tangan sekarang untuk letak dalam ASB? Orang nak berniaga pun kena ada modal. Bank pun nak berniaga jugak. Dia bagi kita modal, mestilah dia nak kembali modal + untung. Kita pon kalau berniaga kita nak untung. Logik ke kita beli milo setin kat pemborong harga contoh 7 ringgit, kita jual kat pengguna lain dengan harga 7 ringgit jugak? Di mana rasionalnya? Jadi kita sebagai golongan yang tak berduit ni kenalah pinjam duit kat bank untuk melabur.
Ok, berbalik semula pada perbincangan tadi. Kakanlah saya ambil loan sebanyak 200K dengan bank dan pihak bank mengenakan bayaran bulanan pinjaman ASB saya 1500K sebulan, termasuk insuran. Dan saya hanya membayar sejumlah 18K setahun sahaja. Sekiranya PNB mengumumkan dividen tahun tersebut sebanyak 10%, dalam akaun saya akan dikreditkan 20K. Saya hanya mengambil 18K daripada amount tersebut untuk membayar bayaran pinjaman tersebut. Begitulah seterusnya sehingga pinjaman habis. (Disyorkan ambil pinjaman 20 tahun untuk kurangkan bayaran. Jadi.. siapa yang tolong bayarkan pinjaman saya? PNB lah bukan saya yang bayar. Saya cuma modalkan 18K sahaja.
Bila ada yang kata kalau saya simpan bulan-bulan sebanyak 1500 dah kaya dah k. Saya kata pulak, siapa kata saya tak boleh simpan 1500 bulan-bulan. Saya masih boleh simpan 1500 sebulan tapi saya juga bayar 18k setahun(untuk modal 200K).Buktinya.. saya simpan 1500 kat asb, + saya bayarkan lagi 18K sebulan untuk loan(Modal 200k saya tak usik sebab dak cover dengan duit dividen yang dibayar pada bank).Cuba kira sendiri berapa banyak saya boleh simpan. (1,077,124.88 selepas 20 tahun, tapi kalau kitasimpan 1500 sebulanlah… banyak tu beb)
Sekiranya dividen tahun tersebut 9%, saya akan dapat 18K atau jika kurang daripada itu saya hanya perlu tambah sedikit sahaja.(So far dividen ASB tak pernah kurang daripada 7 persen). Jadi, saya tak nampak di mana ruginya saya ambil loan ASB tersebut. Saya bukan bayar guna simpanan duit saya. Saya bayar guna duit dividen daripada PNB. Duit tu pun bukan saya nak guna sekarang, saya nak guna bila dah bersara nanti. Katalah selepas 20 tahun nanti saya dah ada 200k dari simpanan ASB dan 200k daripada simpanan KWSP. Saya akan keluarkan 200k daripada KWSP dan saya akan simpan dalam ASB.
Wow.. bayangkan saya ada 400K dalam asb untuk sara saya sepanjang hayat bila dah bersara kelak. Saya tak perlukan duit anak-anak saya.(kalau saya meninggal pon ada insuran yang akan bayarkan 200k tu, jadi anak dan isteri dapat lah jugak daripada tak dapat apa-apa langsung)
Terus terang saya katakan yang saya memang tak ada disiplin untuk pergi ke bank tiap-tiap bulan untuk simpan duit. Saya juga tak ada disiplin untuk tak ambil duit tunai dalam akaun bila dah banyak.(Kucing kalau nampak ikan depan mata, kalau tak makan pon dia akan cium). Oleh itu saya rela ambil loan sebab saya tau saya tak boleh ambil duit tu.
Dan adalah terlebih elok saya ambil loan daripada saya tak buat apa-apa. Kalau tak mampu nak bayar terminate je. Esok lusa kalau dah ada duit buatlah loan semula. Kalau takat cakap bergegar-degar macam tin kosong pon tak guna jugak.
p/s: Perjalanan beribu-ribu kilometer bermula dengan langkah pertama.
( berminat hubung lah aku )